Kisah bermula dengan kehadiran tujuh orang mahasiswa dan mahasiswi untuk membuat kajian di Kampung Telagasari. Kumpulan tersebut terdiri dari Rindu,Dewi, Intan, Zulaikha, Dicky, Doni dan Rangga. Di sana mereka telah bertemu dengan dua orang sahabat yang cukup akrab Umar dan Yusuf. Umar merupakan seorang mahasiswa sebuah universiti di kota manakala Yusuf hanyalah seorang pemuda yang mengabdikan diri pada kampung sahaja oleh kerana dihimpit kemiskinan.
Cinta Zulaikha terhadap Yusuf dinyatakan melalui surat-surat Zulaikha yang dikirimkan kepada Yusuf sekembalinya ke kota. Namun Yusuf dengan berhati-hati membalas surat tersebut agar tidak memberikan pengharapan mahupun tidak melukakan hati Zulaikha.
Namun begitu tanpa disedari, Atikah teman sekampung serta jiran Yusuf turut mencintainya secara senyap-senyap. Perkara ini menjadi buah mulut orang kampung mengenai dua gadis yang mendambakan cinta Yusuf. Ianya membuatkan Yusuf dan ayahnya Ya’kub menjadi serba salah. Apatah lagi Atikah dan ibunya menggunakan pelbagai cara untuk menawan hati Yusuf. Maka timbulah fitnah yang diada-adakan oleh ibu Atikah terhadap Yusuf yang menyebabkan dia membawa diri jauh ke kota demi mengelak berlakunya fitnah yang lebih buruk.
Manakala Zulaikha pula oleh kerana kerinduan cintanya kepada Yusuf, telah mengambil keputusan untuk pergi menemui Yusuf di desa Telagasari. Namun, ternyata kedatangannya itu agak terlewat kerana Yusuf telah pun membawa dirinya ke kota. Maka Zalaikha nekad untuk tinggal di desa itu demi menjaga Ya’kub, ayah Yusuf walaupun ditolak orang tua itu. Zulaikha tinggal bersama Atikah dan ibunya tanpa mengetahui bahawa Atikah dan ibunya telah merancang untuk menghancurkan cinta Zulaikha dan Yusuf dengan memasukkan Umar, sahabat baik Yusuf sendiri sebagai orang ketiga. Maka oleh kerana kesunyian tanpa Yusuf, cinta Zulaikha telah beralih arah kepada Umar.
Di kota, Yusuf bekerja sebagai tukang pengilap kasut disebuah Masjid. Dia juga turut mendapat kepercayaan tuan imam untuk bertugas secara sambilan sebagai muazzin dan penceramah. Disitulah yang membawa kepada pertemuan dengan Ahsin Wijaya, ayah Zulaikah tanpa pengetahuannya. Pak Ahsin begitu tertarik dengan akhlak Yusuf sehinggakan dia menawarkan Yusuf untuk bekerja dirumahnya sebagai tukang kebun. Pak Ahsin telah menguji keikhlasan dan amanah Yusuf dengan beberapa kejadian, namun ternyata Yusuf adalah kuat imannya.
Di desa Telagasari, penduduk heboh memperkatakan bahawa Zulaikha dan Umar akan berkahwin. Ramai penduduk yang mengutuk serta membenci Zulaikha dan Umar. Bagi mereka, Zulaikha merupakan seorang yang munafik dalam cintanya terhadap Yusuf. Manakala Umar pula merupakan penjahat yang sanggup menikam sahabatnya sendiri Yusuf dengan merampas cinta Zulaikha.
Tapi segala-galanya terbongkar pada hari pertunangan antara Umar dan Zulaikha. Bersaksikan semua hadirin termasuk Yusuf dan ayahnya, Umar mendedahkan bahawa Umar sengaja berbuat demikian seolah-olah mencintai dan akan mengahwini Zulaikha demi keselamatan Zulaikha sendiri. Umar tahu perancangan jahat Atikah dan ibunya, lalu berpura-pura mencintai Zulaikha agar Zulaikha terselamat dari perancangan yang lebih jahat lagi. Umar memberitahu dia sekali-kali tidak akan tergamak untuk menghancurkan cinta sahabatnya sendiri. Lalu menyerahkan Zulaikha kepangkuan Yusuf dengan selamatnya.
drama terbaru lakonan Nur Fazura yang buat pertama kali memakai tudung. cantik sangat! karya terbaru Erma Fatima ini disiarkan di stesen al-Hijrah, saluran Islamik.

![]() |
| bagi aku, dia nampak cantik .. |
ini liriknya. tapi mungkin ada salah sedikit. enjoy...
OST kitab Cinta (Gatra - Hafizah Naser)
Bila Kini Ku Sesali
Di Kala Tak Mungkin Kembali
Saat Jatuh Cinta Lagi
Adakah Yang Masih Mengerti
Aku Masih Disini
Mengira Detik-Detik Terakhir
Kala Rinduku Berdarah
Masihkah Aku Teguh Menantinya
Takkan Terdaya Mengungkapkan Rasa
Satu Antara Resah Yang Berjuta
Hadirnya Gerhana Ketika Terpancar
Pelangi Yang Indah
Saat Tertawa Berbungakan Duka
Bila Ada Dan Tiada Untuk Didengarnya
Hinggakan Berubah Tumpu Lafaz Semua
Aura Gatra-gatra
Takkan Terdaya Mengungkapkan Rasa
Satu Antara Resah Yang Berjuta
Hadirnya Gerhana Tika Terpancar
Pelangi Yang Indah
Saat Tertawa Berbungakan Duka
Bila Ada Dan Tiada Untuk Didengarnya
Hinggakan Berubah Tumpu Lafaz Semua
Aura Gatra-gatra
Puisi Buat Mustika- Kitab Cinta
"Ini adalah senaskhah kesedihan yang aku kirimkan melalui jiwaku yang dipenuhiduka cita kepada sebuah jiwa yang lain. Sesungguhnya, kau telah berhasilmenghancurkan belengguku dan meraih kemerdekaan.
Sudah bertahun aku mengikat tali cintaku tanpa makna. Sudah bertahun malamku berlalu dengan menungguMu, Maha pencipta di dalam persembunyianku yang ditemani oleh keangkuhan dunia. Kau juga adalahpenyembuh bagi semua yang salah pada diriku. Namun saat ini, Kau juga adalah penyakitku. Kau seperti mahkota yang dibuat untukku tetapi menghiasi insan lain.
Kau adalah syurga, aku yakini itu namun aku tidak menemukan kunci untuk membuka gerbangnya. Kau ibarat seperti seorang pencuri yang sedang bergembira atas apa yang dicurinya. Kau mencuri segala jiwa dan cinta yang ada. Jalan cinta sejati hanya dapat ditempuhi oleh mereka yang siap untuk melupakan diri mereka. Demi cinta, kesetian harus dibayar dengan darah dari jantung kita, dari ketenangan jiwa kita. Jikalau tidak, cinta kita tidak bererti apa-apa maka biarkanlah cinta kita menjadi pelindung rahsia-rahsia kita. Biarkan kesengsaraan yang dibawa oleh cinta membelah jiwa.
Marilah kita berjalan menuju kepadaNya, mengadap, dan bersujud. Memalingkan wajah kepadaNya, memberikan segala jiwa kepadaNya dengan membawa cinta sejati yang tidak akan pernah mati kerana cinta buatNya akan kekal abadi.."
Anda mungkin juga meminati:

01.08
Rizal Azhar


Posted in: 













0 komentar:
Posting Komentar